top of page

Kenapa Perlu Berhenti Mengeluh Disebabkan Norma Baru

  • Farhana Syahirah
  • 26 Sep 2020
  • 4 min membaca

Hidup di norma baharu iaitu duduk di rumah sebenarnya memberi kita peluang keemasan yang tak dapat kita kecapi sebelum ini. Bayangkan, sebelum ini kita begitu sibuk dengan aktiviti harian kita di pejabat, kelas ataupun menyiapkan projek tanpa memikirkan bila saat kita nak keluar dari kesibukkan itu dan luangkan masa dengan yang tersayang.



Pengumuman Perdana Menteri - PKP Fasa Pertama

Bulan March yang lalu, iaitu 6 bulan yang lepas bermulanya titik permulaan norma baru bila mana pandemik Covid-19 saban hari mengganas di Malaysia. Masa itu, tak pernah terdetik yang ia akan mengubah cara kehidupan kita 360 darjah.


Bila Perdana Menteri mengumumkan ingin membuat PKP pada dua hari sebelumnya, ramai daripada kita agak panik lalu memborong segala bekalan makanan dari pasaraya ataupun di kedai runcit. Tak dinafikan, ketika itu terlampau banyak khabar angin mengenai koronavirus di media sosial.


Perasaan aku ketika itu, memang anxiety naik juga beberapa jam seketika selepas sahaja pengumuman PM di buletin utama, namun bila terpandang Jebon - kucing yang aku baru jumpa dan decide nak bela tiga hari sebelum pengumuman, aku rasa tenang balik dan teruskan kehidupan seperti biasa.


Mungkin, ada hikmahnya buat Jebon ketika berusia 2 bulan masa itu, duduk di rumah dapat berikan perhatian untuk dia. Jadi aku akan tetap waras untuk duduk rumah dalam jangka masa yang lama.



Realiti di Waktu Kuarantin Bermula

Hari pertama kuarantin, tiada apa yang berbeza sangat, well lagi-lagi waktu itu aku pelajar tahun akhir dan diberhentikan seketika kuliah. Aku harapkan ia hanya ambil masa seminggu sahaja kuliah ditangguhkan. Dekat sebulan juga ditangguh barulah kuliah bermula. Secara online.


Tak dinafikan, seminggu pembelajaran melalui online sangat memudahkan aku. tidak perlu bersiap selama sejam untuk keluar rumah dan pergi kelas dan skip breakfast. Aku akui, pembelajaran online memudahkan aku untuk belajar. Bersyukur juga kerana di rumah sewa ada WiFi.


Namun, tak semua yang bernasib baik seperti aku. Memang faham jika tertekan disebabkan kekurangan dari segi internet di rumah, kehilangan kerja disebabkan pandemik, frontliner kita bertungkus-lumus di hospital dan paling teruk, mangsa jangkitan Covid-19 yang juga bertarung nyawa.


Dari situ memang bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan umur hingga ke hari ini dan diberi lagi peluang untuk menaip artikel ini. Tak dinafikan juga, kemahiran memasak aku bertambah waktu duduk di rumah.


Pesimisme Mula Menari-nari di Fikiran

Sebulan selepas kuarantin sendirian di rumah sewa, tibalah masanya aku balik ke rumah keluarga aku. Bukan senang hendak bahagikan masa sebagai anak dengan tanggungjawab di rumah dan juga menjadi pelajar untuk hadir di kelas online. Sedikit sebanyak, pesimisme mula menakluki fikiran aku beberapa minggu.


Walaupun banyak manfaat dapat buat di rumah - environment rumah yang tenang, makan minum terjaga, kawan-kawan juga selalu membuat panggilan video untuk bertanya khabar, sambut raya secara visual dengan keluarga yang lain, namun, susah untuk buang fikiran negatif untuk terus optimis.


Sejujurnya, aku bukan jenis orang yang mudah putus asa. Mungkin sebab sifat ambivert aku yang tidak biasa untuk duduk di rumah dalam jangka masa yang lama membuatkan aku rasa lesu dan tidak semangat untuk mulakan hari-hari yang baru. So, mungkin kuarantin ini akan buat korang berfikir yang mungkin aku begitu tertekan kan.


Titik Perubahan Dalam Kegelapan

Jujurnya, setiap malam aku akan menangis tanpa sebab sebelum tidur. Pada awalnya aku tak sedar yang aku sebenarnya dalam tekanan. Mana tidaknya, ayah aku perasan aku sudah mula berubah menjadi seorang pendiam dan sensitif kerana cepat berasa marah.


"Kenapalah lembab sangat internet ni? Nak masuk kelas lah adoi!", "Bodohlah laptop ini, lambat sangat nak loading submit assignment!". Perkataan mencarut? Dah menjadi makanan wajib untuk mulut aku waktu tertekan.


Ayah menghampiri aku dan cuba tenangkan aku. "Sabar kak, tak elok anak dara mencarut. Ambil nafas dulu, lepas tu akak baru dapat buat kerja smooth," kata ayah sambil tepuk lembut bahu aku.


Yup, ayah betul. Kenapa aku nak kena serabut sebabkan perkara kecil macam ini. Aku memang perlukan kesabaran. Bersabar dengan semua keadaan yang dah terjadi dengan aku. Muhasabah diri. Fikir di dalam kasut orang lain juga. Bila dah neutral, aku rasa malu dengan diri aku sendiri. Memang betul aku bukan jenis seorang yang pencarut. Nasihat ayah sedikit sebanyak kembalikan diri aku balik.


Esoknya, aku masak makanan yang agak banyak untuk hargai keluarga aku yang berada sekali di rumah. Aku fikir, waktu sebeginilah peluang keemasan buat aku untuk eratkan lagi silaturahim dengan keluarga. Layan Netflix bersama. Chillax sambil menikmati moment-moment itu. Memang itu adalah saat terindah bagi aku walaupun hanya remeh di mata orang lain.



Gratitude Mula bertambah

Walaupun kita terpaksa kuarantin di rumah, banyak masa terluang yang dapat dimanfaatkan. Dengan masa yang terluang, terlahirlah blog ini juga. 4 bulan self-learning untuk built website then bulan ini baru lah ada keberanian untuk membuat blog sendiri. Maybe ini passion aku. Menulis adalah satu rahmat. Dengan menulis lah nikmat membaca tak akan pernah pudar.


Aku mula pupuk diri ini dengan belajar segala kemahiran. Improve korean language, study copy-writing, belajar vokal, cuba menu baru, belajar perkataan baru setiap hari dan paling mengarut dalam aktiviti harian aku, aku cuba belajar untuk belajar accent british selepas terpengaruh drama netflix The Crown. Memang suggest sangat drama ini. Rasanya season 4 dia tahun ini juga.


Yes, walaupun terpisah jauh dengan zikri, rakan-rakan dan keluarga yang lain, tetapi hubungan kami masih lagi erat dengan reunion virtual. Aku akan ubah perspektif yang "terperangkap di rumah", sebagai "selamat di rumah" dengan ayah, syafiq, syafiqah dan qisya yang paling aku sayangi.


Perspektif baru ini menjadikan aku lebih sedar daripada yang pernah aku nikmati atas penghargaan aku yang tinggi terhadap kehidupan aku - dan untuk kehidupan secara umum. Meluangkan masa untuk memikirkannya adalah salah satu perkara yang harus kita lakukan untuk diri kita semasa menjalani kuarantin.


Tak ada orang yang nak kan kuarantin, dan pastinya, tak ada yang menyukai alasannya. Ini memang tough, dan semua emosi is valid dan harus diakui. Tetapi yang aku paling sedar, seperti kebanyakan kesukaran dalam hidup, bukan hanya apa yang berlaku tetapi bagaimana seseorang bertindak balas terhadap apa yang mempengaruhi persepsi seseorang terhadap peristiwa itu.


Peliknya, aku tak dapat nak berhenti tengok keseluruhan apa yang tak ada atau tak dapat aku buat — marathon tengok Glee S1-S6, menghabiskan petang yang malas di media sosial, meraikan Raya Aidilfitri dan Haji bersama keluarga, menikmati semester akhir yang biasa dan mula melihat apa yang aku ada dan apa yang dapat aku lakukan.


Ini adalah musim istimewa yang tak akan kekal selama-lamanya. Mari pilih waktu keemasan ini untuk memanfaatkannya. Lagipun, masa keluarga adalah salah satu daripada perkara indah yang tak akan dapat diungkap.

Comments


Ada sebarang idea atau komen? Hantarkan disini.

Terima kasih kerana menghantar!

© 2020 oleh Hanatomy. Hak Cipta Artikel Terpelihara. Created with Wix.com

bottom of page