top of page

Monyet 'Pinjam' Smartphone Untuk Selfie

  • Farhana Syahirah
  • 17 Sep 2020
  • 1 min membaca

Updated: 24 Sep 2020

Siapa sangka haiwan pun boleh menangkap swafoto dia sendiri. Seorang  lelaki Malaysia menganggap telefonnya telah dicuri tetapi sebenarnya di 'pinjam' oleh sekumpulan monyet yang cuba bersenang-lenang. 


gambar sekadar hiasan


Zackrydz Rodzi memberitahu BBC pada hari Selasa yang lepas bahawa dia menyedari telefon pintarnya hilang ketika dia bangun pada hari Sabtu. Dia mencari telefon merata tempat tapi tak tahu macam mana ia diambil dari rumahnya. 


"Tidak ada tanda-tanda rompakan. Satu-satunya yang ada dalam fikiran aku masa itu ia hilang secara tiba-tiba," katanya. 


Rodzi tak dapat cari telefonnya sehingga Ahad petang bila ayahnya melihat seekor monyet di luar rumah mereka. Setelah menelefon telefonnya, dia terdengar bunyi ringtone di belakang rumah dan menjumpainya dalam keadaan berlumpur.


Ketika dia memberitahu keluarganya bahawa dia telah mengambil telefonnya, pakciknya bergurau mengatakan mungkin ada beberapa gambar pencuri itu di dalam gallery phone. Ketika itulah Rodzi mendapati bahawa telefonnya dirampas oleh beberapa monyet yang nakal.


Rodzi berkongsi gambar dan video ini ke media sosial di mana mereka sejak itu menjadi tular. Walaupun mereka tinggal dekat dengan haiwan liar, monyet-monyet itu tidak selalu mengambil barang dari kawasan sekitar. Tetapi, masih belum jelas macam mana telefon itu diambil dari rumah. 

Comentários


Ada sebarang idea atau komen? Hantarkan disini.

Terima kasih kerana menghantar!

© 2020 oleh Hanatomy. Hak Cipta Artikel Terpelihara. Created with Wix.com

bottom of page