Kenapa Siti Nurhaliza Masih Relevan Hingga Sekarang?
- Farhana Syahirah
- 22 Sep 2020
- 2 min membaca
Updated: 24 Sep 2020
Tak kira dari generasi muda hinggalah ke tua, masing-masing suka mendengar lagu-lagu Siti Nurhaliza. Sekarang pula mudah mencari melalui saluran Youtube, Spotify mahupun Joox.
Namun, pernah tak korang terfikir mengapa legenda seperti beliau masih lagi relevan sehingga kini? 24 tahun masih lagi kukuh dan pendapat aku, di Malaysia ini bukan mudah untuk kekal bertapak lama sebagai seorang artis - tak kira berlakon mahupun menyanyi.

Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd)
Penyanyi lagenda yang berasal dari Kuala Lipis ini memang tidak asing lagi dalam industri tanah air di negara kita. Pelbagai anugerah yang beliau telah menangi tidak kira di dalam negara mahupun luar negara.
Kerjaya yang dimulakan sejak beliau mememenangi Bintang RTM 1995 pada usia 16 tahun membuktikan beliau mampu berjaya ke puncak yang lebih tinggi. Pada pendapat peribadi aku, aku mengagumi pencapaian yang beliau lakukan.
Straight to the point, ada banyak perkara mengapa Datuk Sri Siti Nurhaliza masih relevan hingga sekarang. Jika kita lihat di saluran Youtube, korang boleh search yang ramai coach vokal dari luar negara amat mengagumi beliau ketika membuat reaction terhadap lagu-lagu yang dilontarkan oleh Datuk Siti.
Ini adalah antara video di Youtube yang mula mengenali siapakah Siti Nurhaliza DAN secara tidak langsung, membawa nama Malaysia ke mata dunia. Awesome bukan? Pada masa yang sama tak dinafikan juga yang content-content sebegini untuk menarik ramai viewers dari Malaysia di channel mat-mat saleh ini.
Reason kedua, Siti Nurhaliza masih lagi relevan hingga kini adalah kerana keperibadian beliau. Setakat ini, aku rasa beliau seorang sahaja yang wujudkan telegram channel untuk dekatkan diri beliau dengan peminat - boleh search Siti Nurhaliza Official Telegram.
Selain dari itu, perwatakkan beliau yang lemah lembut, sopan dan mempunyai rupa paras yang menawan dari anak dara hinggalah seorang Ibu kepada Siti Aafiyah ini juga membuatkan orang ramai masih lagi respect dan dikagumi.
Salah satu sebab yang lain mengapa beliau masih lagi relevan ialah lagu-lagu beliau. Korang boleh listkan berapa je lagu yang Datuk Siti tak pernah buat. Genre lagu pop, balada, hip hop, RnB, Irama Malaysia, Kanak-kanak, Inggeris, Cina dan banyak lagi. Semua beliau dah pernah try.
Disebabkan itu, setiap kali ada album yang dikeluarkan oleh Datuk Siti, mesti akan sold out dan dapat high demand dari peminat-peminat beliau. Well, aku pun kagum jugak sebab peminat Datuk Siti sangat menghargai segala susah payah yang beliau dah buat.
Boleh dirasa setelah mendalami dan memahami di dalam 'kasut' Datuk Siti - aku buat sedikit research dan tonton dokumentari.
Akhir kata, bukan mudah nak cari galang ganti untuk penyanyi nombor satu Malaysia ini. Kita kena hargainya seperti kita tidak buat kesilapan yang sama pada lagenda P. Ramlee dan Sudirman. Sudah tiada baru dihargai dan diberi penghargaan. Bila hayat masih ada, dihina dan dicaci.
Overall, itulah point aku kenapa lagenda bernama Siti Nurhaliza masih relevan hingga kini dan peminat-peminat baru akan selalu bertambah kerana usaha beliau dalam karya-karyanya.
Well, tak dinafikan aku sangat meminati lagu irama malaysia seawal usia 5 tahun disebabkan beliau. Kudos buat Siti Nurhaliza kerana menambahkan minat dalam jiwa muda aku pada umur itu hingga kini. Terima kasih kerana mewarnai zaman membesar aku.
Comments