top of page

5 Filem Netflix Yang Korang Kena Tengok - September Edition

  • 11 Sep 2020
  • 3 min membaca

Updated: 24 Sep 2020

Netflix menawarkan beribu-ribu filem melalui platform streamingnya. Masa nak menulis artikel ini pun, still lagi sukar nak buat pilihan filem netflix mana yang betul-betul best.


Disebabkan itu, aku dah luangkan sikit masa untuk tengok senarai Netflix yang mantap untuk listkan beberapa filem terbaik di Netflix sekarang. Dalam masa yang sama, jimat masa korang nak review dan terus tengok. Jom scroll!


The Babysitter: Killer Queen


Netflix Image



Bila aku tengok trailer The Babysitter: Killer Queen, macam best ja. Secara jujurnya, MEMANG BEST! Bagi peminat seram komedi boleh tengok kat netflix sekarang sebabnya tak terlalu thriller, kelakar dan ada saspen pada masa yang sama.


Sekuel ini menampilkan versi remaja yang lebih tua dari Cole (Judah Lewis) yang trauma dengan peristiwa filem yang first. Watak yang memakai pakaian sekolah dan bertanya-tanya mengapa semua orang memandang dia dengan pelik.


Melanie pula (Emily Alyn Lind) mempunyai teman lelaki yang riuh dan menyakitkan hati. Ibu bapa Cole selalu mengongkong dia, percaya yang dia tak stabil secara mental selepas peristiwa filem yang first.



Long Shot


Netflix Image


Fred Flarsky (Seth Rogen) ialah seorang wartawan berbakat dan berjiwa bebas yang mempunyai kemampuan untuk menghadapi masalah. Charlotte Field (Charlize Theron) pula salah satu wanita paling berpengaruh di dunia - ahli politik yang pintar, canggih dan berkebolehan.


Ketika Fred jumpa Charlotte, Fred baru teringat yang Charlotte ini bekas pengasuh bayi dan first crush dia. Bila Charlotte memutuskan untuk mencalonkan diri sebagai presiden, dia secara tidak sengaja ambil Fred sebagai penulis ucapannya.


Aku baru tengok malam tadi, memang suprise sebab aku memang suka layan genre romantik komedi - lepas boyfriend aku rekemen layan cerita ini. Camera-work juga tak terlalu lusuh. Beberapa scene gambar cukup sinematik dan sangat memuaskan untuk ditonton. Overall, aku layan habis movie ini.



Netflix Image


Joon-woo (Yoo Ah-in) bangun pada suatu pagi seperti biasa dan mengetahui bahawa ibu bapanya sudah pergi bekerja, meninggalkan notes untuknya - seorang gamer remaja yang berdikari semasa ibu bapa dia berada di luar.


Bagi yang suka genre thriller ini pastinya akan dapat feel macam Home Alone + Zombie. Boleh bayangkan situasi macam musim pertama PKP Covid-19 but virus tu dalam bentuk zombie.


Bagi aku, #Alive adalah sebuah filem thriller apokaliptik yang cukup inventif yang diberi banyak peningkatan kerana situasi pandemik macam ini.


Project Power


Netflix Image


Dadah baru yang disebut sebagai Power telah melanda di New Orleans - yang menawarkan pengguna dapat kuasa superpower selama lima minit. Penjual muda Robin (Dominique Fishback) bekerjasama dengan polis Frank (Joseph Gordon-Levitt) untuk menghentikan penyebaran haram dadah ni, sementara Art misteri (Jamie Foxx) sedang mencari sumber pil itu sendiri.


Project Power adalah filem superhero segar di mana "pahlawan super" tidak ditentukan oleh kostum mereka tetapi kekuatannya. Ia bergerak dengan pantas, dan juga mempunyai soundtrack yang keren: berhati-hati untuk "My word is my power".


Ia sangat menarik dan sesuai dengan keseluruhan tema. Korang akan kagum sebab ianya out of the box. Penyuntingan pun aku puji sebab menjadikan movie ini lagi menarik. Secara keseluruhan cukup menyegarkan, dan pelaksanaannya adalah yang terbaik. Movie ini juga tidak terlalu gelap, sebab diselit dengan scene yang kelakar.


Tag


Netflix Image


Filem ini dipetik dari artikel Wall Street mengenai sekumpulan rakan dewasa yang bermain permainan Tag yang begitu lama. Mengisahkan sekumpulan lima rakan, yang telah bermain permainan tag selama 30 tahun, memutuskan untuk bermain satu permainan buat kali terakhir sebelum salah satu pemain yang mereka yang tak boleh kalahkan, berkahwin.


Satu bulan setiap tahun, lima rakan yang sangat berdaya saing mencari cara nak tag tanpa had - mempertaruhkan leher, pekerjaan dan hubungan mereka untuk menjatuhkan satu sama lain.


Genre movie ini bersifatkan komedi pantas, dinamik, Slapstick dan Bromance. Ia berjaya membangkitkan perasaan nostalgia, persaudaraan, bodoh-bodoh sikit dan yes kelakar habis.


Bagi generasi 80an dan 90an semestinya akan layan cerita ini sebab kembalikan nostalgia korang waktu main ni masa kanak-kanak dulu.


Komen


Ada sebarang idea atau komen? Hantarkan disini.

Terima kasih kerana menghantar!

© 2020 oleh Hanatomy. Hak Cipta Artikel Terpelihara. Created with Wix.com

bottom of page