5 Tabiat Pelanggan Yang Pekerja Mekdi Sebenarnya Benci
- Farhana Syahirah
- 25 Sep 2020
- 2 min membaca
Berikut adalah tabiat-tabiat buruk yang pekerja McDonald nak kita semua berhenti buat. Which means, bertimbang rasa lah sedikit.

Vernonchan Image
Tak Bagitau Order Korang Secara Detail
Memang staf mekdi tak ada tunjuk muka tak suka secara direct tapi percayalah, diorang memang tak akan suka kalau pelanggan yang order tak bagitau secara detail menu apa yang korang nak. Sebagai contoh, korang order Happy Meal tapi tak bagitau detail nak side dish apa. Nasib baik lah sekarang ni ada mesin self order so takde pening-pening nak tanya banyak kali.
Order Terlampau Banyak Dekat Drive-Thru
Bagi yang tak tahu, drive-thru dibuat untuk membuat quick order. So, ni semua mengenai kecekapan dan kepantasan! Memang nampak macam bukan habit yang teruk untuk order sepuluh set makanan bagi classmates korang ke tapi, ini memang melambatkan bahagian drive-thru. Tak pasal-pasal dah buat kereta pun beratur. Seeloknya, buat order besar korang dalam restoran.
Bersembang Masa Kat Drive-Thru
Staff diorang takde masa nak dengar topik korang masa nak order kat drive-thru. Tidak ada yang salah dengan "Hello!" Yang jenis mesra — tetapi tunggu staf Mekdi yang menyambut korang terlebih dahulu. Jalan masuk drive-thru ada sensor di bawah kereta korang untuk pekerja diorang alert semasa korang berhenti. Jika staf mekdi tak mengatakan apa-apa, mungkin kerana mereka sibuk menyelesaikan order sebelumnya.
Bagi Tips Pada Cashier
Di kebanyakan restoran/kedai makan, memang penting untuk tinggalkan tips. Malangnya, boleh menjadi complicated di Mekdi. Menurut laman web dorang, tips tidak boleh diterima oleh staf Mekdi. Sebagai gantinya, tunjukkan penghargaan korang dengan ucapan terima kasih yang mesra atau beritahu pengurus dorang betapa gembiranya korang dengan services dorang.
Tanya Cashier Suggestion Menu
Last but not least, selalunya cashier akan tergesa-gesa untuk menggerakkan barisan panjang secepat mungkin. Please stop tanya, "Ada menu rahsia tak untuk dicuba?". Mungkin bagi korang pertanyaan tu tak bahaya, tetapi sebenarnya korang dah melambatkan orang yang beratur dan mengecewakan cashier tu. Decide terus apa yang korang nak semasa tengah beratur or terus order kat mesin self order untuk mudahkan orang lain juga.
Comments