top of page

5 Lagu Yang Buat Aku Happy!

  • Farhana Syahirah
  • 11 Sep 2020
  • 3 min membaca

Updated: 13 Sep 2020

Semua orang ada lagu kegemaran korang sendirikan. Tak kiralah di Joox, Spotify ataupun di YouTube.


Kalau aku, susah nak listkan 5 lagu terbaik sebabnya aku memang suka dengar lagu dari tahun 90an sampailah sekarang. But, untuk artikel ini, aku akan listkan yang terbaik dari terbaik dan still, buat aku happy bila terdengar lagu ni kat corong radio kereta or aku pasang sendiri on YouTuba player list aku.


1. Kembali Merindu - Slam


“Izinkan aku titiskan, airmata keresahanku..”

Bila start je lirik ni, mesti dah terngiang-ngiang dah lagu ni punya rentak macam mana kan. Aku start suka lagu ni pada 2010 bila mana my atuk jenis yang suka memasang radio saluran klasik Nasional fm - sekarang dah dipecah jadi dua saluran Klasik fm dan Nasional fm.


Waktu ni dah memang bed timing and masa aku tengah nak lelap mata, aku asyik sangat dengan petikan gitar waktu awalan lagu dan buat aku happy. Nak dijadikan cerita, lagu inilah permulaan aku jadi peminat Slam yang tegar masa zaman sekolah.


Dan bila dengar balik lagu ini, serius rasa macam bukan lagu 90an langsung. I mean, still valid sampai sekarang this kind of music. Dalam banyak-banyak lagu Slam, lagu yang buat aku rasa nak berjoget sampai pagi is this song. Masterpiece!


2. Bohemian Rhapsody - Queen

“ Mama, just killed a man..put a gun against his head..”

Ni pun salah satu lagu masterpiece from Queen yang buat aku rasa happy jugak. Hello, siapa je tak minat Queen kan. Campuran perisa music dalam lagu ni macam roller coaster yang buat aku akan naik berkali-kali.


Memang wajib pasang waktu aku tengah pandang ke tingkap time tengah hujan membasahi kaca tingkap and mengalir turun. Memang takkan jemu dan kalau diberi nafas baru pun, aku tetap suka yang old version ini.



3. Mahligai Permata - Datuk Seri Siti Nurhaliza

“ Berpaut, pautan berpimpinan.. Beriringan meniti kehidupan..”

Dalam banyak-banyak lagu irama malaysia, bila aku fikirkan balik, lagu ini yang aku kerap pasang masa aku tengah happy dan bila buat kerja pun produktif. Jangan gelak tau.


Aku memang peminat tegar lagu irama malaysia dan sangat-sangat terkilan sebabnya lagu genre ini pada masa kini makin suram since Dato Siti, Noraniza Idris tak masuk AJL dan pelapis-pelapis pun boleh kira berapa kerat je yang betul2 nak pertahankan.


Untuk lagu ini, maybe aku suka alunan kompang yang diketengahkan sebab terasa sangat kemelayuan lagi-lagi kalau lagu ini dipasangkan di majlis perkahwinan. Dan lagu ini pun aku tengah pasang untuk menulis artikel ini.


4. Ice Cream - Blackpink ft Selena Gomez

“ Ice cream chillin chillin, ice cream chillin! ”

OMG! aku suka sangat lagu baru Blackpink duet dengan Selena Gomez. Well ice cream lover kan plus dapat pula dengar lagu yang catchy even bukan k-popper.


Rentak music yang sangat addicted dan kinda turn aku happy on the sec lepas pasang. Well, at the same time aku agak suprises sebab dah lama tak dengar Selena menyanyi! and yes gorgeous sangat!


Lisa nailed it with her rap. Aku suka sangat! and tentunya lagu ni akan hit untuk TikTok user lah buat content diorang.


5. Kita Bersaudara - KRU

“ Oh kita bersaudara, tak guna gaduh-gaduh, kerna air dicincang, tidak akan putus.. ”

Lagu ini akan sentiasa ingatkan zaman kanak-kanak aku dengan adik-beradik aku. Kiranya dah jadi lagu tema di antara adik beradik lah. Dan bila pasang, automatik aku akan jadi happy.


At the same time, teringat jugaklah waktu bergaduh dengan adik-adik, waktu bermain or waktu kena jaga rahsia masing-masing with 'pau' kalau taknak kena kantoi dengan ibu or ayah.


Even lagu ini underrated, patut kena ketengahkan lagu bersifat kekeluargaan yang rancak macam ini. Sepanjang masa lagu balada, sendu jugak hidup ni lagi-lagi terkurung di saat pandemik ini.


Walau apa pun, korang pun mesti ada lagu yang buat korang happykan? Drop senarai 5 lagu korang yang buat korang happy!

留言


Ada sebarang idea atau komen? Hantarkan disini.

Terima kasih kerana menghantar!

© 2020 oleh Hanatomy. Hak Cipta Artikel Terpelihara. Created with Wix.com

bottom of page