top of page

7 Fakta Menarik Supermoon

  • Farhana Syahirah
  • 23 Sep 2020
  • 3 min membaca

Lunar Perigee atau lebih dikenali sebagai Supermoon ini ialah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. Tahun ini dijangka bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada kebiasaan.

Steve Cullen Starscape Gallery


Pada tahun 1979, istilah supermoon pertama kali dikemukakan oleh ahli astronomi iaitu Richard Nolle. Fenomena ini hanya berlaku sekali sahaja dalam setahun. Supermoon ini memang sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi.


Mari kita lihat fakta-fakta yang menarik tentang supermoon ini.


1. SUPERMOON HANYA SETAHUN SEKALI


Hah, jangan ingat puasa sahaja ada setahun sekali, supermoon pun setahun sekali tau! Tapi istimewanya tahun ini, supermoon dikatakan oleh pakar astronomi akan lebih bersinar dan besar dari sebelumnya.



2. TAK SEMUA PENGLIHATAN UNTUK SUPERMOON SAMA


Setiap tahun, tak semua supermoon yang kita lihat akan sama. Ia juga berbeza saiz tau bergantung pada tarikan graviti dari Matahari. Walaupun bulan akan nampak lebih besar, selalunya Bulan akan berada dalam jarak 30 kali diameter jauh dari Bumi. Graviti matahari yang menyebabkan bulan akan lebih dekat dengan bumi pada tahun ini.



3. PASANG-SURUT AIR LAUT AKAN BERUBAH


Sesiapa yang akan tinggal di pesisir pantai pasti akan terasa kesannya. Macam aku, tempat tinggal aku berdekatan dengan laut, jadi keselamatan dan langkah berjaga-jaga memang harus dititikberatkan lagi-lagi fenomena air pasang besar dikatakan akan terjadi.


Pasang-surut air laut terjadi adalah disebabkan Matahari, Bumi, dan Bulan berada dalam satu garis lurus dan tarikan graviti itu yang menyebabkan air pasang di Bumi akan lebih tinggi.


4. SUPERMOON TAK AKAN HANCURKAN BUMI


Kebanyakan masyarakat di dunia mempercayai mitos bahawa kedatangan Supermoon boleh menghancurkan Bumi dan mitos ini tidak benar kerana Supermoon terjadi ketika bulan berada pada perigee - titik dimana orbit Bulan akan berada sangat dekat dengan Bumi dan Bulan berada pada fasa penuh (Bulan Purnama).



Namun selain kita merasa kagum dengan fenomena ini, kita sebagai umat Islam harus mempersiapkan diri untuk kehidupan kita di akhirat kelak.


"عَنْ أَنَس رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ :«إِنَّ مِنْ اقْتِرَاب السَّاعَة أَنْ يُرَى الْهِلاَل لِلَيْلَة فَيُقَالُ : لِلَيلَتَينِ، وَأَنْ يَظْهَر مَوتُ الْفَجْأة، وَأَنْ تُتَّخَذ الْمَسَاجِد طُرُقاً."

Bermaksud: Dari Anas R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya sebahagian dari tanda dekatnya Hari Kiamat adalah apabila Bulan dilihat dalam satu malam seperti untuk dua malam (maksudnya: Lebih besar dari biasanya), dan banyak kejadiani mati mendadak, dan masjid dijadikan tempat perhiasan.”


Dari Hadis Riwayat Imaam Adhdhiyaa’ Al Maqdisy dalam Al Ahadis Al Mukhtaaroh no: 2325, dan menurut Sheikh Abdul Maalik bin Dhuhaisy, sanadnya Hasan, demikian juga di-Hasankan oleh Sheikh Nashiruddin Al Albaany dalam Shohiih Jaami’ush Shoghiir no: 10841 dan Silsilah Hadis Sahih no: 2292.


5. SUPERMOON AKAN JADI LEBIH KECIL


Supermoon akan kelihatan lebih kecil di masa akan datang kerana bulan secara perlahan-lahan bergerak keluar dari orbit Bumi iaitu bergerak 3.8 cm lebih jauh dari Bumi setiap tahun.


Ahli astronomi menjangkakan bahawa pada gerakan pertama, Bulan berada pada jarak sekitar 14.000 mil (22.530 kilometer) dari Bumi dan sekarang Bulan berada sekitar 238.900 mil (384.402 kilometer) jauhnya dari Bumi.


6. SUPERMOON PADA MUSIM SEJUK LEBIH BESAR


Bulan akan lebih besar di musim sejuk kerana Bumi berada paling dekat dengan Matahari pada bulan Disember setiap tahun. Ia bermaksud bahawa graviti bintang menarik Bulan lebih dekat ke arah Bumi ini. Akibat kesan ini Supermoon boleh menjadi sangat besar pada musim sejuk.

7. FENOMENA INI TAK AKAN BUAT KORANG GILA



Korang jangan takut, supermoon tidak akan ubah korang jadi gila. Jangan terpengaruh dengan filem-filem mistik tentang perubahan ketika bulan mengambang ye. Penelitian oleh ahli astronomi telah dibuat bahawa bulan purnama tidak akan mempengaruhi tingkahlaku manusia. Bulan purnama dan Supermoon ini tidak akan buat korang mengalami gangguan jiwa, pembunuhan ataupun jenis kejahatan yang lain.

Comentarios


Ada sebarang idea atau komen? Hantarkan disini.

Terima kasih kerana menghantar!

© 2020 oleh Hanatomy. Hak Cipta Artikel Terpelihara. Created with Wix.com

bottom of page