Brewers Yeast Buat Si Bulus Zero Kutu serta Gebu
- 18 Sep 2020
- 1 min membaca
Updated: 24 Sep 2020
Brewers Yeast terkenal di kalangan pencinta kucing kerana memberi banyak manfaat kepada si bulus, biasanya untuk mengurangkan kutu, pastikan sentiasa sihat dan penuh dengan tenaga, vitamin, dan banyak lagi. Kadang-kadang mengandungi bawang putih, ini mungkin tidak bermanfaat bagi kucing korang jika dia mengalami keadaan kesihatan yang serius.

10 Kelebihan Brewers Yeast
Sumber vitamin B yang sangat baik
Menjaga kulit, mata, dan bulu dengan sihat
Protein mengekalkan tenaga si bulus
Menghindarkan kutu
Meningkatkan selera makan dan keinginan untuk makan
Sumber Chromium
Mengatur gula darah pada si bulus yang diabetes
Makanan tambahan / suplement secara natural
Mengurangkan risiko sawan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1
Menyokong sistem hati dan imun si bulus
Korang pun boleh tengok video di bawah yang si bulus ini boleh makan sendiri tanpa dipaksa dan semestinya dapat menambah selera mereka.
Brewers yeast ini boleh ditambahkan ke diet apa pun untuk kucing, sama ada korang memberi dalam wet food atau dry food.
Tetapi awas! untuk membuat penilaian penuh mengenai keselamatan penggunaan ini dalam makanan haiwan kesayangan korang, mari kita lihat kesan sampingannya. Kemungkinan kucing korang mungkin alah terhadap brewers yeast ini.
Tanda-tanda si bulus korang ada alahan:
Mengelupas kulit
Luka kulit merah
Menjilat, Mengunyah, Menggaru
Masalah gas atau pencernaan
Sekiranya korang melihat si bulus korang bertindak mudah marah, menggaru secara berlebihan, dan tanda-tanda reaksi alahan yang lain, berhenti memberi brewers yeast kepada mereka sekaligus. Reaksi alahan akan hilang dalam beberapa hari.



Komen