top of page

Korang Mungkin Seorang Psikopat Jika Suka Kopi..Betul Ke?

  • 25 Sep 2020
  • 2 min membaca

Adakah korang suka kopi seperti Americano atau lebih dikenali sebagai black coffee? Jika iya, korang berkemungkinan seorang psikopat dengan kecenderungan sadis.


Sebuah kajian dari Universiti Innsbruck di Austria telah menyatakan bahawa terdapat hubungan antara ciri-ciri personaliti psikopat yang mempunyai kecederungan sadis untuk menyukai kopi yang pahit.


Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Appetite, tinjauan hampir 1.000 orang responden mengenai pilihan rasa, mereka juga mengambil empat ujian personaliti yang berbeza yang menilai sifat Machiavellian seperti narsisme, psikopat, sadisme, dan agresif.



Kajian dorang juga mendapati bahawa orang yang menikmati kopi susu atau bergula, biasanya cenderung untuk mempunyai sifat keperibadian yang lebih "menyenangkan" seperti simpati, kerjasama, dan juga baik hati.


Hubungan terdekat yang terdapat dalam kajian ini ialah antara makanan pahit, seperti lobak dan air tonik, dan"sadisme setiap hari," atau kenikmatan yang menyebabkan tahap kesakitan yang sederhana pada orang lain. Ugh.


Para penyelidik juga menyatakan bahawa hubungan antara makanan pahit dan kecenderungan psikopat dapat menjadi lebih kronik dan bertambah buruk seiring dengan waktu - bukan kesan pertama yang hebat. Boleh baca di artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.


Tapi korang jangan terlampau risau, penyelidik juga ada jelaskan yang pahit ini adalah istilah subjektif, dan bermungkinan telah membatasi kajian dorang. Dorang pun tak pasti apa yang menyebabkan hubungan antara rasa pahit dan sifat personaliti yang jahat.


Seorang profesor psikologi di Roosevelt University, Steven Meyers, berkelulusan PhD, menyelami kajian tersebut untuk menyelidiki ketepatannya. Profesor ini mendapati bahawa kajian itu hanya menemukan pergaulan yang sangat kecil antara rasa untuk perkara pahit dan sifat Machiavellian tu. "The findings need to be interpreted with caution," profesor itu menyimpulkan.


Tetapi, penting juga untuk perhatikan yang pilihan rasa kopi itu sendiri dipengaruhi oleh budaya dan pengalaman peribadi seseorang - tak sepenuhnya benda itu sifat personaliti kita - dan selera rasa juga berubah dari semasa ke semasa. Ingat tak bila korang tak tahan makan sayur masa kecil sebab rasa dia pahit? Kebanyakan orang pun tak suka kopi bila first time dorang mencuba!


Ada je yang minum kopi hitam sebab lebih mementingkan kesihatan, walaupun ada yang tak tahu. Kopi tanpa gula mempunyai semua jenis manfaat kesihatan yang luar biasa, sementara susu dan gula jelas tidak. Boleh baca di artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.


Akhir kata, mungkin rasa kopi hitam dapat menunjukkan kecenderungan psikopat, tapi korang janganlah terkejut sangat kalau jumpa orang yang skip gula atau krim bila order kopi. Macam yang Profesor Meyers cakap, korang harus lebih memperhatikan macam mana dorang layan korang atau cashier daripada apa yang mereka pesan. Tapi, kalau artikel ini buat korang rasa nak stop minum kopi, dekat sini ada guideline untuk semua jenis kopi.

Komen


Ada sebarang idea atau komen? Hantarkan disini.

Terima kasih kerana menghantar!

© 2020 oleh Hanatomy. Hak Cipta Artikel Terpelihara. Created with Wix.com

bottom of page